December 23, 2012

Dewan Bahasa

Assalamualaikum semua :D

Sekarang jam menunjukkan pukul 12.38 pagi dan mata aku masih segar lepas baru kembali dari Kuala Lumpur. Berada di sana selama 4 hari rasanya kut dan semua kelas muzik aku, aku batalkan. Hehe ~ Okay, nak tahu tak. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru mengambil masa selama 7 jam ! Kebiasaannya 4 jam je laa kan ~ Banyak kemalangan jalan raya berlaku sepanjang highway PLUS T__T

Okay, itu semua tak kena mengena dengan entry hari ini.. Sebenarnya nak cakap apa tau, agak-agaknya pengetahuan korang semua dalam Bahasa Melayu ni mendalam tak ? Kalau mendalam cuba terangkan maksud insentif, intensif, inisiatif dan inteligensia.. nampak senang tapi hakikatnya susah nak terangkan..

See ?
Susah tak ?
Kalau mendalami lagi bahasa ibunda sendiri dah rasa susah ...
Jadi, kita perlu bangga laa dengan bahasa ibunda sendiri dan pada masa yang sama kita praktikan sekali bahasa asing seperti Bahasa Inggeris.

Ok laaa, nak sambung baca buku jap ..
Selamat Tinggal ~

 

No comments: