December 14, 2012

Cuti weyh ~

Assalamualaikum ! :D

Baiklah, topik hari ini tak ada topik .. jen jen jen ~ Sekarang pun waktu membebaskan diri tinggal 2 minggu plus plus ( aku malas nak kira ) Jadi, korang ada pergi mana-mana tak selain duduk rumah ?

Haaaa, cakap pasal Freedom kan , aku menghabiskan waktu yang cepu emas ni pergi melawat dan singgah tempat aku dilahirkan iaitu KL ! Atau dipanggil Kampung Laut.. Haha ~ Kidding .. Its Kuala Lumpur.

Tarikh 1st Disember 2012 adalah satu tarikh yang best masa cuti aku sebab masa tu birthday my lovely mom yang ke-53 ... Still young ~ Sekeluarga pergi Time Square dan tidur selama 3 hari 2 malam. 

Ya Allah , sepanjang on the way ke sana, hujan selebat-lebatnya ! Tapi alhamdullilah... rasanya tak ada accident yang berlaku masa perjalanan tapi agak menakutkan laa ... Ye laaa, dah laa Hujan lepas tu jalan tak nampak + licin T__T

Kelmarin pergi MPH nak beli buku ulangkaji form 5 ( Biology , Chemistry , Physic ) .. dan apply kad member baru sebab kad member lama dah patah . Erk T__T (See, aku ganas kan ?!) Bila buat bayaran memang tak check laa buku-buku tu semua. Bila balik rumah je, AMBIK KAU ! Aku salah beli buku .. Terbeli buku Sains instead of Chemistry .. Terbang duit RM6.50 (Sedih ~.~) Hari itu merupakan hari yang agak malang .. Dah laa bertarikh 12.12.12.

Baiklah , mari teruskan menonton drama korea walaupun hari ini perlawanan bola antara Malaysia dan Thailand , Malaysia kalah disebabkan oleh Referee dari Korea tu ! Memang laa maki hamun tapi drama korea tak dapat aku lepaskan .. Hahaha ...

Anneyo ~ :D

No comments: