October 25, 2011

Kuala Terengganu


Let we start with a new episode :)


Kuala Terengganu , tidak asing lagi bagi aku sebab aku telah pun menjejak kaki ke sana buat kali kedua. Pada ingatan aku, kali pertama aku ke sana masa umur dalam linkungan 5 tahun. Mana aku ingat apa apa. Heeeee ~

Gambar telah pun aku masukkan dalam akaun Facebook aku di bawah banyak tajuk. Tengok lah sendiri ea :)

Okay , ini gambar masa aku dekat Noor Arfa Batik. Tak beli apa apa pun dekat sana sebab mahal laa >.< Anyway , dekat sini best sebab aku dapat melihat macam mana mereka mengecap batik. Lawaaaaaa :D


Hari esoknya, pergi Tamadun Islam. Thanks to Ahmad Izzuddin sebab ambilkan gambar ni. HAHA :D Yang ini ialah prototaip bagi Masjid Negara. Lawa kan ? :)


Lepas tu , tu , tu pergi TTI River Cruise. Hahaha. Nampak belakang tu Masjid Crystal ? Cantik tertarik kau memang de bom ! Kah kah kah ~ Di panggil crystal sebab masjid ni ada 4 crystal yang berharga berjuta wang ringgit Malaysia. Serious , memang terpengun kut aku tengok masjid ni. Haha.


Dekat Muzium Terengganu. Bergambar dengan cikgu kaunseling kesayangan aku , Cik Hayati. Sama umur dengan kakak aku ni. Comel kan ? :D


Haha. Yang ni dekat pantai apa entah namanya. Seronok main layang layang seorang diri tapi .... Lepas itu budak lelaki ambil layang layang aku dan tinggalkan kat pantai situ. SAKIT HATI BETUL ! Terbang RM10 aku kau tahu ! T---T

Aku tak akan maafkan mereka. Tak akan !


Kawan tetap kawan :)
 


Akhir sekali , dah sampai kita ke penghujung episod ! Yahooo ! Ini masa dekat Bukit Gambang Water park, Pahang. Ikin , Haniey, Aku dan Izz. Kenangan manis :)

T H E  E N D

No comments: